.

.

Pengenalan



Pusat Sumber merupakan tempat segala aktiviti memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme dan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan itu, PS merupakan suatu unit bersepadu yang berfungsi mengumpul, memilih, menyusun bahan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak pelanggannya sama ada pensyarah atau pelajar.
      Pusat Sumber pada hari ini bukan lagi terhad kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, surat khabar, majalah, makalah dan jurnal. Fungsi PS kini kian meluas iaitu meliputi bilik tayangan  dan kemudahan komputer. Fungsi PS telah diperluas selaras dengan tuntutan semasa dan kemajuan teknologi terkini.
Pusat Sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik pelajar. Pusat Sumber hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh pensyarah dan pelajar. PS memberi perkhidmatan pinjaman bahan atau buku kepada pelanggannya. Ini dapat menjimatkan kos pembelian buku dan bahan rujukan oleh para pelajar, dan pensyarah dalam usaha mereka menyempurnakan tugasan masing-masing.
   Selain itu, Pusat Sumber berperanan sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari , diakses dan digunakan dengan cepat dan mudah. Para pensyarah dan pelajar boleh mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan sama ada yang ada kena-mengena dengan pelajaran atau pun tidak. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, alat pandang dengar, cakera padat, televisyen , capaian internet pelbagai bahan seperti novel, karya sastera, karya akademik dan ilmiah , majalah, surat khabar dan sebagainya.
Pusat Sumber dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada pensyarah dan pelajar untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan tugasan masing-masing. Pelbagai maklumat terkini dapat diperoleh melalui PS.
            Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tanpa Pusat Sumber, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh dan berkesan. Oleh hal yang demikian, pensyarah  dan pelajar harus memanfaatkan penggunaan PS demi kemajuan dan kejayaan dalam akademik dan pelajaran.

0 comments:

Post a Comment